Inisiatif Usahawan Tani (IPR)
PEMANGKIN kenal pasti 9 sektor tumpuan, nilai pelaburan RM1 bilion

KUALA LUMPUR: Sembilan sektor tumpuan dikenal pasti di bawah Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) membabitkan nilai pelaburan RM1 bilion yang bakal menjana hingga 49,000 peluang pekerjaan menjelang 2025. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata sembilan sektor tumpuan itu membabitkan pelancongan digital, pertanian digital, bandar digital, kandungan digital, kewangan digital, perdagangan digital, servis digital, kesihatan […]
IMF ramal ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus

KUALA LUMPUR: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang 4.5 peratus pada 2023 dan 2024, selepas mencatatkan pertumbuhan mantap 8.7 peratus tahun lalu. Penyedia perkhidmatan kewangan antarabangsa itu turut meramalkan kadar inflasi di negara ini akan turun kepada 2.9 peratus pada 2023 sebelum meningkat sedikit kepada 3.1 peratus tahun depan, selepas mencatatkan kenaikan […]
Jualan borong, runcit cecah RM134.3 bilion pada Februari

Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan RM134.3 bilion, meningkat 14.7 peratus pada Februari 2023. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata prestasi itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang mengatasi subsektor lain dengan peningkatan sebanyak RM9.4 bilion atau 19.2 peratus kepada RM58.2 bilion. Beliau berkata, jualan kenderaan bermotor juga berkembang […]
Subsidi bersasar mungkin dilaksana beberapa bulan lagi – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Subsidi bersasar berkemungkinan akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi, mengambil kira kebarangkalian harga minyak dunia akan berterusan meningkat ke paras AS$100 setong. Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata purata harga minyak semasa tahun lalu ialah AS$100.93 setong dan kerajaan memperuntukkan subsidi untuk petrol, diesel […]
Jumlah penganggur semakin berkurangan seiring aktiviti ekonomi

PUTRAJAYA: Kadar pengangguran pada Februari 2023 turun kepada 3.5 peratus, dengan 591,900 penganggur, demikian menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kedudukan pasaran buruh negara terus stabil sejajar dengan perkembangan aktiviti ekonomi semasa. Justeru, beliau berkata, bilangan tenaga buruh pada Februari 2023 berada pada trend […]
Tiada penalti dikenakan jika tampil membuat pengakuan cukai – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan mengenakan penalti terhadap individu yang tampil membuat pengakuan cukai menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) bermula 1 Jun ini hingga 31 Mei tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutif Hasil, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata inisiatif itu adalah usaha kerajaan membantu individu yang ingin membuat pengakuan cukai. “Tiada penalti, […]
Empat cadangan lonjak semula pasaran pekerjaan – Kaji Selidik

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji dan mengurangkan ketidakpadanan kemahiran adalah antara empat cadangan untuk memacu pemulihan kadar pengangguran serta melonjak semula pasaran pekerjaan negara. Turut dicadangkan adalah intervensi penting untuk meningkatkan hasil bekalan buruh serta langkah mengoptimumkan penciptaan pekerjaan melalui pengambilan pekerja yang inklusif dan mekanisme pemadanan pekerjaan yang lebih baik. The Future Studies Bhd (The […]
Kementerian Ekonomi anjur sesi libat urus dengan pelbagai pihak laksana IPR

KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi sedang mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk kalangan Ahli Parlimen, pegawai-pegawai daerah, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dapat dilaksanakan dengan segera di seluruh negara. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sebanyak RM750 juta diperuntukkan di bawah IPR menerusi tiga […]
Buat taklimat khas untuk subkontraktor projek Jana Wibawa – DPMM

KUALA LUMPUR: Satu taklimat khas dan sesi penerangan perlu diberikan Kementerian Kewangan kepada subkontraktor terbabit dengan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang sebelum ini dibatalkan untuk ditender semula. Perkara itu dicadangkan Pemangku Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon yang melihat subkontraktor yang terbabit dalam projek Jana Wibawa sebagai […]