Hasil cukai RM70 bilion lesap akibat ekonomi bayangan

CYBERJAYA: Negara dianggarkan kehilangan kira-kira RM70 bilion setiap tahun dalam bentuk hasil cukai daripada aktiviti perniagaan yang tidak didaftarkan dan kegiatan haram, dikenali sebagai ekonomi bayangan. Jumlah itu kira-kira 20 peratus daripada anggaran keseluruhan pendapatan ekonomi bayangan bernilai RM350 bilion setahun. Nilai itu adalah 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ekonomi bayangan yang […]
45 peratus ahli ekonomi jangka kemelesetan global berlaku tahun ini

KUALA LUMPUR: Kalangan pakar berbeza pendapat mengenai prospek pemulihan ekonomi global, dengan masing-masing hampir seimbang iaitu kira-kira 45 peratus menjangkakan kemelesetan global berlaku pada tahun ini manakala jumlah yang sama mengunjurkan sebaliknya, demikian menurut laporan terkini Forum Ekonomi Dunia (WEF). Laporan Tinjauan Ketua Ahli Ekonomi WEF menunjukkan kalangan pakar berkenaan juga mengunjurkan bahawa dinamik pertumbuhan […]
Datuk Zayad mengekalkan jawatan presiden DPMM Kedah untuk penggal kedua

Datuk Mohd Zayad Ismail mengekalkan jawatannya sebagai presiden Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Kedah bagi penggal 2023-2026. Zayad mempertahankan jawatan itu selepas menewaskan Datuk Badrul Hisham Hashim dalam pemilihan jawatankuasa DPMM Kedah yang diadakan sempena mesyuarat agung tahunan (AGM)nya di Hotel Jerai di sini hari ini. Dalam satu kenyataan, dewan berkata Zayad menang dengan 70 undi […]
Prospek ekonomi Malaysia kekal baik tahun ini – DOSM

KUALA LUMPUR: Prospek ekonomi jangka pendek Malaysia kekal kukuh seperti yang ditunjukkan oleh prestasi sektoral serta pengembangan berterusan keadaan tenaga buruh pada Februari 2023, demikian kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Ia di sebalik jangkaan ketidaktentuan ekonomi global khususnya Amerika Syarikat dan Eropah pada tahun ini. Beliau berkata, perubahan tahunan Indeks Pelopor […]
Inflasi Malaysia pada Mac 2023 mereda kepada 3.4 peratus

PUTRAJAYA: Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi di Malaysia turun kepada 3.4 peratus pada Mac 2023 dengan mata indeks pada 129.9 berbanding 125.6 pada bulan yang sama tahun lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan perlahan inflasi Malaysia pada bulan dikaji didorong terutamanya […]
Inisiatif Usahawan Makanan (IPR)

Inisiatif Usahawan Tani (IPR)

PEMANGKIN kenal pasti 9 sektor tumpuan, nilai pelaburan RM1 bilion

KUALA LUMPUR: Sembilan sektor tumpuan dikenal pasti di bawah Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) membabitkan nilai pelaburan RM1 bilion yang bakal menjana hingga 49,000 peluang pekerjaan menjelang 2025. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata sembilan sektor tumpuan itu membabitkan pelancongan digital, pertanian digital, bandar digital, kandungan digital, kewangan digital, perdagangan digital, servis digital, kesihatan […]
IMF ramal ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus

KUALA LUMPUR: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang 4.5 peratus pada 2023 dan 2024, selepas mencatatkan pertumbuhan mantap 8.7 peratus tahun lalu. Penyedia perkhidmatan kewangan antarabangsa itu turut meramalkan kadar inflasi di negara ini akan turun kepada 2.9 peratus pada 2023 sebelum meningkat sedikit kepada 3.1 peratus tahun depan, selepas mencatatkan kenaikan […]
Jualan borong, runcit cecah RM134.3 bilion pada Februari

Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan RM134.3 bilion, meningkat 14.7 peratus pada Februari 2023. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata prestasi itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang mengatasi subsektor lain dengan peningkatan sebanyak RM9.4 bilion atau 19.2 peratus kepada RM58.2 bilion. Beliau berkata, jualan kenderaan bermotor juga berkembang […]