
KUALA LUMPUR: Prospek ekonomi jangka pendek Malaysia kekal kukuh seperti yang ditunjukkan oleh prestasi sektoral serta pengembangan berterusan keadaan tenaga buruh pada Februari 2023, demikian kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Ia di sebalik jangkaan ketidaktentuan ekonomi global khususnya Amerika Syarikat dan Eropah pada tahun ini.
Beliau berkata, perubahan tahunan Indeks Pelopor (IP) juga pulih dengan mencatatkan pertumbuhan 0.6 peratus untuk mencapai 111.6 mata daripada 110.9 mata pada Februari 2022.
Katanya, trend yang sama juga dapat diperhatikan dalam perubahan bulanan IP yang mencatatkan pertumbuhan 2.9 peratus pada Februari 2023 berbanding negatif 1.5 peratus pada bulan sebelumnya.
“Meskipun IP terlicin pada Februari 2023 masih berada di bawah trend 100.0 mata, prospek ekonomi dijangka bertambah baik dalam jangka terdekat disokong oleh permintaan domestik dan langkah dasar yang berdaya tahan di bawah Belanjawan 2023,” katanya dalam satu kenyataan.
Melihat kepada petunjuk ekonomi negara terkini, Ketua Perangkawan menjelaskan, jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua angka pada Februari 2023
Sumber : Berita harian
link : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/04/1094865/prospek-ekonomi-malaysia-kekal-baik-tahun-ini-dosm?fbclid=IwAR0Go21IORtx6XFw-K8wd1sT6gPYysnJUBEsAB9eL5chjgUM9Jrzw0TbIYk