1 JULAI 2024 – Pada 29 JUN 2024 telah berlangsung MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPMM KE-55 di IDEAS HOTEL, KUALA LUMPUR
Seramai 120 orang yang hadir terdiri dari pewakilan dan juga permerhati dari cawangan DPMM negeri dan alhamdulilah majlis berlansung dengan lancar.
Presiden En Norsyahrin Hamidon telah membentangkan halatuju DPMM dan perancangan yang jelas tentang matlamat yang hendak dicapai sepanjang tahun 2024 dan 2025.
Presiden juga sempat berkongsi amanat yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dan sokongan beliau terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia bagi menjadi penghubung antara pihak pembuat dasar dan komuniti usahawan Melayu di negara kita ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua pewakilan, permerhati dan semua jemputan di atas kehadiran ke majlis MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA YANG KE-55, semoga silaturrahim ini antara DPMM pusat dan DPMM negeri terus kukuh dan sama-sama maju ke hadapan
BERJASA BERJAYA BANGSA