1 APRIL 2026 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam, Delegasi TNB telah diketuai oleh Ir. Ts. Ahmad Rezahan Mohammad, Head of Stakeholder Implementation, Regulatory & Stakeholder Management Division, bersama tujuh (7) wakil daripada pelbagai divisyen TNB antaranya Stakeholder Coordination, Procurement dan Lead, State Retail Partner – Selangor devision .
Sesi perbincangan strategik yang berlangsung dengan penuh konstruktif dan berfokus kepada agenda pembangunan usahawan Bumiputera. Dalam sesi ini, pihak TNB telah berkongsi beberapa perkembangan terkini termasuk:
– Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu bermula 1 Mac
– Penjelasan bahawa isu kenaikan tarif elektrik yang tular adalah tidak tepat
– Kestabilan bekalan elektrik yang kekal konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini
– Potensi kerjasama DPMM & TNB dlm bidang renewable energy seperti projek solar
Perbincangan turut memberi penekanan kepada sektor tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy), khususnya penglibatan syarikat Bumiputera dalam projek solar di bawah TNB. DPMM juga turut menekankan berkenaan keperluan untuk memastikan keutamaan kepada vendor Bumiputera terus diperkasa, termasuk cadangan agar semakan semula dibuat terhadap aspek pemilikan dalam perolehan TNB.
Seiring dengan itu, DPMM akan menganjurkan Jelajah GEMA yang bakal berlangsung pada bulan Jun di Melaka sebagai platform libat urus antara usahawan, pemain industri dan agensi berkaitan. Pihak DPMM telah menjemput TNB untuk menjadi rakan strategik bagi program ini dan jemputan tersebut telah disambut baik oleh pihak TNB.
DPMM kekal komited dalam memperjuangkan akses, peluang dan penglibatan lebih besar kepada ahli DPMM dan usahawan Bumiputera dalam sektor-sektor strategik negara.
JOM SERTAI KONSORTIUM RENEWABLE ENERGY DPMM