
KUNJUNGAN HORMAT MYNIC BERHAD KE DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA (DPMM)
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil MYNIC Berhad pada 05 Ramadan 1447H bersamaan 24 Januari 2026 bertempat di Anjung Melayu.
Delegasi MYNIC telah diketuai oleh Encik Md Fariz Ahmad Sanusi, Chief Digital Enablement Officer serta Encik Azrulhanis Hajarudin, Head, Client & Services. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Setiausaha Agung DPMM, Dato’ Haji Mazrol Nizam bin Abdullah.
Pertemuan ini bertujuan membincangkan cadangan kerjasama strategik dalam memperkukuh agenda pendigitalan usahawan Bumiputera melalui pembangunan identiti digital menggunakan domain .com.my serta penyediaan latihan dan pembangunan laman web e-dagang secara berstruktur.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah:
* Penyertaan MYNIC sebagai rakan strategik dalam Program Jelajah GEMA 2026
* Pelaksanaan pakej pembangunan laman web e-dagang bagi tempoh dua (2) tahun
* Model perkongsian hasil antara kedua-dua pihak
* Penyediaan kertas cadangan serta draf Memorandum Persefahaman (MoU)
* Ruang pembentangan MYNIC dalam Mesyuarat Eksekutif Dewan (MED) dan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) negeri
Kerjasama ini dilihat selari dengan komitmen DPMM dalam memperkukuh daya saing usahawan Melayu dalam ekosistem ekonomi digital serta meningkatkan kebolehlihatan perniagaan tempatan di peringkat nasional dan antarabangsa.
DPMM akan terus memperluaskan jaringan kerjasama strategik demi memastikan pembangunan ekonomi ahli dilaksanakan secara mampan dan inklusif.
#DPMM
#MYNIC
#EkonomiDigital
#JelajahGEMA2026
#UsahawanBumiputera
#MalaysiaMADANI