
SESI DIALOG KONTRAKTOR G1 BUMIPUTERA BERSAMA Ahmad Maslan DI World Trade Centre Kuala Lumpur
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah menghadiri Sesi Dialog Kontraktor G1 Bumiputera bersama YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya yang telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Februari 2026 di WTC, Kuala Lumpur.
Sesi dialog ini menghimpunkan 6 wakil NGO dalam bidang kontraktor Bumiputera dengan tujuan utama untuk mendengar secara terus isu dan cabaran yang dihadapi oleh kontraktor Bumiputera kelas G1 di seluruh negara.
DPMM telah diwakili oleh Encik Amirhamzah bin Karim, Timbalan Presiden DPMM, yang turut menyuarakan pandangan serta membawa isu-isu berkaitan yang sering dihadapi oleh kontraktor G1 dalam kalangan ahli DPMM
Pelbagai masalah serta cadangan penyelesaian telah dikemukakan oleh wakil-wakil Presiden NGO yang hadir dalam sesi libat urus ini antaranya:
1. Paksaan kontraktor untuk naik gred
2. Isu orang dalam/ kabel dalam kontrak pembinaan
3. Isu kartel dalam industri pembinaan
Alhamdulillah, YB Timbalan Menteri menerima secara terbuka segala pandangan dan cadangan yang dibentangkan serta menyatakan komitmen untuk membantu dalam usaha menyelesaikan isu-isu yang membelenggu kontraktor Bumiputera kelas G1.
DPMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Kerja Raya atas ruang dialog yang konstruktif ini. DPMM akan terus komited memperjuangkan kepentingan usahawan dan kontraktor Bumiputera demi memastikan ekosistem perniagaan yang lebih mampan dan inklusif.
#DPMM
#KontraktorBumiputera
#G1
#KerjaRaya
#AgendaPemerkasaanEkonomiBumiputera