
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah menyertai Majlis Finale Jelajah JIWA SME di Kedah pada Jumaat lalu, anjuran Astro AWANI dan Unifi Business, yang menjadi platform perkongsian ilmu, jaringan strategik dan penerokaan peluang perniagaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Dalam program tersebut, Timbalan Presiden DPMM, Encik Mohd Dzahir bin Jamudin, berkongsi mengenai inisiatif Gerakan Ekoniaga Madani (GEMA) yang menggerakkan penubuhan konsortium dalam sektor solar, minyak dan gas, pembinaan dan infrastruktur, serta perdagangan dan peruncitan.
Pendekatan konsortium ini membuka ruang kepada usahawan untuk menggabungkan kepakaran, meningkatkan kapasiti perniagaan dan memperluas akses pasaran bagi meningkatkan daya saing serta pertumbuhan perniagaan.
DPMM merakamkan penghargaan kepada Astro AWANI, Unifi Business dan semua rakan strategik atas kerjasama menjayakan inisiatif ini. DPMM berharap kolaborasi seumpama ini dapat diteruskan dengan lebih banyak padanan perniagaan dan peluang kerjasama untuk usahawan tempatan.
Bersama memperkasa usahawan, membina jaringan dan memperluas peluang perniagaan.