22 Oktober 2026 | Anjung Melayu, Kuala Lumpur
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah mengadakan Majlis Hi-Tea bersama mantan Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman, selepas Mesyuarat Executive Dewan Bilangan 2/2026–2029.
Majlis tersebut turut disusuli dengan Majlis Pelantikan YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman sebagai Penasihat DPMM atas penghargaan atas sumbangan dan komitmen beliau dalam memperkasa ekosistem keusahawanan Bumiputera.
Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah MARA, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menyokong pembangunan usahawan Bumiputera. Antara sumbangan penting beliau ialah sokongan terhadap pelaksanaan Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA), hasil kerjasama DPMM dan MARA yang membawa inisiatif pembangunan keusahawanan ke seluruh negara.
DPMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan dedikasi beliau dalam menyokong agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Pelantikan ini diharap dapat memperkukuh perkongsian pengalaman, kepakaran dan pandangan strategik bagi menyokong hala tuju serta inisiatif DPMM pada masa hadapan.
Jasa dikenang, pengalaman dimanfaatkan, demi masa depan ekonomi Melayu dan Bumiputera yang lebih berdaya saing.