
22 Oktober 2026 | Kuala Lumpur
Mesyuarat Eksekutif Dewan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Bil. 2/2026–2029 sedang berlangsung, dipengerusikan oleh Presiden DPMM, Norsyahrin bin Hamidon dan dihadiri oleh semua Yang Dipertua (YDP) DPMM Negeri.
Mesyuarat pada hari ini membincangkan pelbagai perkara penting, termasuk penyelarasan program-program yang akan datang serta perancangan strategik bagi memperkukuh peranan DPMM dalam memperkasa usahawan Melayu dan Bumiputera.
Perbincangan ini turut menjadi platform untuk menyelaras hala tuju, memperkukuh kerjasama antara kepimpinan pusat dan negeri, serta memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan ahli dan pembangunan ekonomi usahawan Melayu.