
21 Oktober 2026 | Kuala Lumpur
Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), merangkap Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), En. Dzahir Jamudin, telah mewakili Presiden NCCIM dalam menerima kunjungan hormat delegasi perniagaan Switzerland pada 20 Oktober 2026 semalam
Pertemuan tersebut dianjurkan oleh NCCIM dengan kerjasama Kedutaan Switzerland di Kuala Lumpur, melibatkan delegasi yang terdiri daripada wakil economiesuisse, Swiss Medtech dan Switzerland Global Enterprise.
Sesi pertemuan itu turut menghimpunkan wakil industri Malaysia, termasuk Malaysian Semiconductor Association (MSA), Association of Malaysian Medical Industries (AMMI) dan Medical Device Authority (MDA).
Perbincangan memberi tumpuan kepada landskap perniagaan dan pelaburan di Malaysia, perkembangan industri, trend dasar semasa serta peluang akses pasaran. Pertemuan ini turut menjadi platform pertukaran pandangan bagi mengenal pasti potensi kerjasama dalam memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan pembangunan industri antara Malaysia dengan Switzerland.
Delegasi Switzerland diketuai oleh Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Switzerland di Kuala Lumpur, En. Alexander Schärer, dan Presiden economiesuisse, En. Silvan Wildhaber, bersama wakil Switzerland Global Enterprise dan Swiss Medtech.
Turut hadir ialah Naib Presiden NCCIM, En. Jacob Lee; Setiausaha Agung NCCIM, En. Michael Chai; Ketua Pegawai Eksekutif Medical Device Authority, Datuk Ts. Dr. Muralitharan Paramasua; serta wakil AMMI dan MSIA.
DPMM melalui penglibatannya dalam NCCIM komited untuk terus menyokong usaha memperluas jaringan perniagaan antarabangsa serta membuka ruang kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada komuniti perniagaan Malaysia, khususnya dalam memperkukuh akses pasaran, perdagangan dan peluang pelaburan di peringkat global.