Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah mengadakan Sesi Jaringan dan Penerangan Konsortium Perdagangan dan Peruncitan bagi membincangkan cabaran serta peluang dalam memperkukuh sektor perdagangan dan peruncitan, khususnya melibatkan pemasaran, pengedaran dan akses pasaran bagi produk tempatan.

Sesi ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden DPMM, En. Mohd Dzahir bin Jamudin, dan turut dihadiri Ahli Majlis Eksekutif Dewan, En. Zulkarnaian.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk cabaran menembusi rangkaian peruncitan, mendapatkan pembekal yang bersesuaian, memperkemas sistem pengedaran serta cadangan mewujudkan platform berstandard dan pusat pengumpulan bagi membantu produk tempatan dipasarkan dengan lebih tersusun.

DPMM komited untuk memahami keperluan sebenar pemain industri dan merangka pendekatan yang praktikal melalui konsortium ini, sekali gus membuka lebih banyak peluang pasaran serta memperkukuh daya saing usahawan tempatan.

Memperluas pasaran, memperkukuh jaringan, memperkasa perniagaan tempatan.

#DPMM #DewanMelayu #KonsortiumDPMM #PerdaganganDanPeruncitan #UsahawanBumiputera #ProdukTempatan #AksesPasaran #PMKS #EkonomiMADANI