21 Oktober 2026 l KUALA LUMPUR
Semalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) diwakili oleh Timbalan Presiden, merangkap Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), En. Dzahir Jamudin, dalam sesi Asset Investment Planning (AIP) Executive Breakfast Session pada 20 Oktober 2026.
Dianjurkan oleh IFS Copperleaf, sesi ini menghimpunkan kira-kira 15 pemimpin kanan daripada syarikat dan organisasi terpilih bagi membincangkan strategi peruntukan modal, tadbir urus pelaburan serta keutamaan pembangunan infrastruktur jangka panjang.
Sesi interaktif ini turut membuka ruang pertukaran pandangan dan perkongsian pengalaman bersama wakil kanan daripada Tenaga Nasional Berhad, Gas Malaysia, Malaysia Airports dan Telekom Malaysia, selain NCCIM, Black & Veatch serta IFS Copperleaf.
Penyertaan DPMM dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan dewan untuk memperluas jaringan strategik, memperkukuh hubungan dengan pemain industri utama serta meneroka peluang kerjasama yang dapat menyokong pembangunan ekonomi dan pertumbuhan perniagaan di Malaysia.