
Semalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam memenuhi jemputan ke Sambutan Hari Malaysia 2026 – Program Edaran Jalur Gemilang dan Baju Patriotik anjuran Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) yang berlangsung di Dewan Seng Peng, Wisma Chinese Chamber, Kuala Lumpur.
Mengangkat tema “Bersama Membina Negara Bangsa, Kemakmuran Dikongsi Bersama”, program ini menjadi simbol semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti perniagaan serta masyarakat Malaysia.
Program edaran Jalur Gemilang dan baju patriotik turut menyemarakkan semangat cintakan negara, selain mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara pelbagai komuniti perniagaan dalam usaha bersama membina Malaysia yang lebih bersatu dan makmur.
Bagi DPMM, semangat Malaysia bukan sekadar pada kibaran Jalur Gemilang, tetapi turut diterjemahkan melalui kerjasama, kepercayaan dan usaha bersama dalam membangunkan ekonomi negara.