
Konflik di Timur Tengah bukan sekadar isu geopolitik. Gangguan terhadap laluan perdagangan global boleh memberi kesan kepada kos logistik, rantaian bekalan, harga bahan mentah dan akhirnya harga barangan yang ditanggung pengguna.
Dalam Podcast Utama Buletin TV3, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon, bersama Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Mydin, pemilik MYDIN, tampil membincangkan cabaran krisis bekalan global serta kesannya terhadap pengguna dan sektor perniagaan.
Apakah langkah yang boleh diambil oleh usahawan dan pemain industri bagi menghadapi ketidaktentuan rantaian bekalan dan kenaikan kos?
🎙️ Saksikan Podcast Utama Buletin TV3 di semua platform media sosial Buletin TV3.
#DPMM #DewanMelayu #NorsyahrinHamidon #AmeerAliMydin #MYDIN #BuletinTV3 #PodcastUtama #KrisisBekalanGlobal #RantaianBekalan #UsahawanMalaysia #EkonomiMalaysia