24 Ogos 2026 | Kuala Lumpur

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama DZ Media Group, pengendali platform eDesa, dalam usaha memperkukuh ekosistem digital dan membuka lebih banyak peluang pasaran kepada usahawan tempatan.

eDesa merupakan platform one-stop marketplace yang mengetengahkan produk asli dan tempatan Malaysia, merangkumi pelbagai kategori seperti makanan, pertanian, kraf dan seni, pakaian, kosmetik, hasil kampung serta pelbagai produk tempatan. Platform ini turut menyediakan ruang kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka secara digital kepada pasaran yang lebih luas.

Kerjasama strategik DPMM dan eDesa ini membuka ruang untuk meneroka pelbagai inisiatif bersama, khususnya dalam aspek pendigitalan perniagaan, pemasaran, e-dagang dan pengembangan pasaran usahawan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Presiden DPMM, YBhg. Norsyahrin bin Hamidon, Setiausaha Agung DPMM, Dato’ Mazrol Nizam bin Abdullah, serta barisan Ahli Majlis DPMM.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen DPMM untuk terus memperluaskan akses dan peluang kepada usahawan Melayu serta tempatan dalam mendepani ekonomi digital.

DPMM × eDesa — Dari Produk Tempatan, Ke Pasaran Lebih Luas.

#DPMM #DewanMelayu #eDesa #DZMediaGroup #UsahawanTempatan #UsahawanMelayu #EkonomiDigital #ECommerce #Digitalisasi #EkonomiMelayu