21 Ogos 2026 | Kuala Lumpur
 
Semalam DPMM menerima kunjungan hormat daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) di Anjung Melayu bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh akses pembiayaan dan sokongan kepada usahawan, khususnya ahli DPMM.
 
Pertemuan disambut oleh Timbalan Presiden DPMM, En. Dzahir bin Jamudin, Naib Presiden DPMM, En. Yusri bin Yusof, serta beberapa Ahli Majlis DPMM.
 
BSN diwakili oleh Puan Farah Akhbal Khan, Manager dan Encik Malik Fahd, Senior Executive.
 
Antara perkara yang dibincangkan termasuk program pembiayaan BSN di bawah inisiatif MADANI untuk usahawan umum, belia dan wanita, selain inisiatif geran berbentuk peralatan untuk golongan OKU dan ibu tunggal.
 
Perbincangan turut menyentuh usaha membantu usahawan memperbaiki rekod CCRIS, peranan Dewan Muda DPMM serta peluang ahli DPMM menyertai program dan karnival anjuran BSN.
 
Sebagai permulaan, kerjasama boleh dilaksanakan melalui program berskala kecil sebelum diperluaskan kepada inisiatif yang lebih besar.
 
Kerjasama ini diharap dapat membuka lebih banyak akses pembiayaan, peluang perniagaan dan jaringan strategik kepada komuniti usahawan.
 
DPMM terus komited membina jaringan strategik bagi memperkukuh ekosistem dan masa depan usahawan Melayu.
 
#DPMM #BSN #UsahawanMelayu #EkonomiMADANI #PembiayaanUsahawan #DewanMuda #UsahawanMuda