
📍 KLGCC, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
📅 2 Julai 2026
Alhamdulillah, National Economic Forum (NEF) 2026 bertemakan “A World in Transition” anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan pemimpin kerajaan, pembuat dasar, dewan-dewan perniagaan, pemain industri serta komuniti usahawan bagi membincangkan hala tuju ekonomi Malaysia dalam mendepani landskap global yang semakin mencabar.
Forum telah dirasmikan oleh YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan, sebelum diteruskan dengan siri pembentangan utama dan sesi plenari yang membincangkan pelbagai isu strategik berkaitan daya tahan ekonomi negara, pembangunan industri, pelaburan, inovasi, produktiviti serta kesiapsiagaan tenaga kerja.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) amat berbesar hati kerana memainkan peranan penting sepanjang forum ini. Timbalan Presiden DPMM, YBrs. Mohd Dzahir Jamudin, telah diberi penghormatan sebagai moderator Plenary Session I: Strengthening National Resilience – Institutions, Industries & Workforce Readiness, manakala Presiden DPMM, Tuan Haji Norsyahrin Hamidon, telah tampil sebagai panelis dalam Plenary Session III: Chamber’s Voice – Securing the Future: Investment & Innovation Advantage, mewakili suara usahawan Melayu dalam membincangkan masa depan ekonomi negara.
DPMM turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli DPMM dari pelbagai negeri yang hadir memberikan sokongan dan bersama-sama menyertai forum berprestij ini.
Penyertaan DPMM di NEF 2026 mencerminkan komitmen berterusan organisasi untuk menjadi jambatan antara sektor swasta dan kerajaan dalam memperjuangkan agenda pembangunan ekonomi negara, memperkukuh ekosistem keusahawanan Melayu serta memperluaskan peluang kerjasama strategik di peringkat nasional dan antarabangsa.
Semoga segala perbincangan, idea dan jaringan kerjasama yang terjalin sepanjang forum ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan demi kemakmuran bersama.
#DPMM #NCCIM #NEF2026 #AWorldInTransition #EkonomiMalaysia #UsahawanMelayu #BusinessLeadership #EconomicTransformation