
4 MEI 2026 – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), YBrs. Encik Norsyahrin Bin Hamidon telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi INSKEN Malaysia, YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Ayub di Anjung Melayu.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Presiden DPMM, Encik Amirhamzah Bin Karim; Naib Presiden DPMM, Encik Farosham Bin Naizamohideen; Naib Presiden DPMM, Dato’ Kamarullaffe; serta YDP DPMM Putrajaya, Encik Dzahir Bin Jamudin.
INSKEN atau Institut Keusahawanan Negara merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang berperanan dalam membangunkan kapasiti usahawan melalui program latihan, bimbingan serta sokongan pembangunan perniagaan yang komprehensif.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan strategik berhubung potensi kerjasama antara DPMM dan INSKEN, khususnya dalam penganjuran program pembangunan keusahawanan yang mampu memperkasa usahawan tempatan.
Dalam sesi tersebut, Presiden DPMM turut membentangkan inisiatif Gerakan Ekonomi Niaga Madani (GEMA) sebagai platform pemerkasaan ekonomi yang berfokus kepada pengukuhan jaringan usahawan serta pembangunan kapasiti perniagaan Bumiputera.
Pertemuan ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi antara DPMM dan INSKEN dalam memperkasa agenda pembangunan keusahawanan negara, khususnya dalam melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing, mampan dan bersedia menembusi pasaran global.