MEDIA DPMM
Ahad 14 Disember 2025
DPMM gesa SSM pertimbang semula kompaun tinggi
Kompaun RM40,000 tak masuk akal, bebankan SME – DPMM*
Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mempertimbangkan semula kompaun tinggi dikenakan terhadap syarikat yang melanggar peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016.
Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon berkata, langkah terbaharu SSM itu tidak selari dengan keputusan mengurangkan kos pematuhan audit apabila syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil kurang RM1 juta dikecualikan sepenuhnya daripada audit mulai 2025