
MEDIA DPMM
Jumaat 7 November 2025
Hari ini, DPMM & MIMOS Services Sdn. Bhd telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai salah satu langkah penting ke arah memperkasa ekonomi Bumiputera dalam era digital.
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) yang digerakkan oleh DPMM, dengan tumpuan kepada peningkatan daya saing usahawan Melayu dan Bumiputera melalui inovasi, teknologi serta pembangunan keupayaan digital.
Melalui MoU ini, kedua-dua pihak komited untuk memperkukuh peluang komersialisasi teknologi tempatan, memperluas adaptasi penyelesaian digital berasaskan teknologi dan meningkatkan kesedaran dan literasi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan PMKS Bumiputera
Inisiatif ini bukan sekadar soal teknologi, tetapi tentang membina masa depan yang lebih inklusif dan berdaya saing, agar usahawan Bumiputera mampu berdiri teguh dalam ekonomi digital negara.
Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada usahawan bumiputera terutamanya ahli DPMM