fbpx

Kuala Lumpur, 20 Disember 2024 – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En Syahrin Hamidon , telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Eksekutif Dewan yang terakhir bagi tahun 2024 di Anjung Melayu, Kuala Lumpur, semalam.

Mesyuarat ini membincangkan pelbagai perkara penting yang menjadi fokus DPMM, termasuk perancangan strategik untuk tahun 2025. Ahli-ahli Majlis Eksekutif Dewan juga telah diberi taklimat mengenai program-program baharu yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan peranan DPMM sebagai pemacu ekonomi Bumiputera.

DPMM merakamkan penghargaan kepada semua ahli Majlis Eksekutif yang hadir dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan agenda dewan sepanjang tahun ini. Ucapan Selamat Tahun Baharu turut disampaikan, dengan harapan agar perancangan yang telah dirangka akan terus mengangkat nama DPMM di persada nasional.

DPMM kekal optimis bahawa 2025 akan menjadi tahun yang lebih gemilang, dengan perangcangan-perancangan yang mampu memberi impak positif kepada komuniti perniagaan Bumiputera dan ekonomi negara secara keseluruhan.

#DPMM#UsahawanMelayu#dewanperniagaanmelayumalaysia#BisnesMalaysia#bisneslokal#dpmm#malaysiamadani#UsahawanMalaysia#StrategiPerniagaan#PerniagaanKecil#berjasaberjayabangsa#KeadilanEkonomi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *