![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-23-at-19.24.46-1024x768.jpeg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/01/9100f14c-dfc7-4858-83ef-50b46aa6344c-1024x768.jpg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-23-at-19.24.33-1024x768.jpeg)
En. Amir Hamzah, Timbalan Presiden DPMM menerangkan struktur serta fungsi DPMM kepada wakil-wakil dari MIDA
En. Amir Hamzah juga mencadangkan kepada MIDA supaya kriteria permohonan geran atau kemudahan lain dari MIDA di tambah baik bagi membolehkan penglibatan industri dari koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia selain dari syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Terdahulu, En. Dzahir Jamudin menerangkan sedikit sebanyak tentang penglibatan DPMM dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang dijadual berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024.
En. Sukri Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pelaburan Domestik juga menerangkan fungsi MIDA dan peluang-peluang yang boleh membantu syarikat / usahawan Bumiputera diperingkat tempatan dan global. Beliau juga berkongsi peluang kerjasama dalam penglibatan syarikat bumiputera dalam pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (‘ECRL’) terutama dalam pembangunan taman industri, hub logistik, serta pembangunan berorientasikan transit (‘TOD’) disekitar Jarak 15km radius dari stesen-stesen ECRL yang telah dirancang.