DPMM Meterai Kolaborasi bersama Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2025 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah menyertai Majlis Academia Industry Collaboration (AIC) 3.0, anjuran Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lumpur.
Majlis berprestij ini telah menghimpunkan pelbagai pemegang taruh dari kalangan akademia, industri dan kerajaan bagi meraikan kecemerlangan pelajar serta memperkukuh jaringan kolaborasi antara sektor pendidikan dan industri.
DPMM telah diwakili oleh Presiden, Tuan Norsyahrin bin Hamidon dan Setiausaha Agung, Dato’ Haji Mazrol Nizam bin Abdullah, bagi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UPTM.
Kerjasama strategik ini memberi fokus kepada penempatan latihan industri dan peluang pekerjaan pelajar UPTM bersama syarikat ahli DPMM,
kolaborasi penyelidikan dan perkongsian kepakaran dalam bidang keusahawanan serta pembangunan industri Bumiputera,
pembangunan kapasiti, latihan keusahawanan dan peningkatan kompetensi tenaga kerja muda serta pembinaan jaringan strategik antara pelajar, akademia dan komuniti perniagaan Melayu.
Kerjasama ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara akademia dan industri, di samping memperluas peluang pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan yang selari dengan keperluan semasa.
DPMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak UPTM atas kejayaan menganjurkan AIC 3.0 yang menjadi platform penting dalam menyatukan kepakaran dan aspirasi bersama ke arah melahirkan graduan berkualiti tinggi serta memperkukuh daya saing ekonomi Bumiputera.