16 Oktober 2025 (Khamis) : Ahli Majlis Eksekutif DPMM yang diketuai oleh YBrs. Encik Norsyahrin bin Hamidon bersama barisan kepimpinan MARA yang diketuai oleh YBrs. Encik Zahari bin Aziz duduk semeja di perbincangan meja bulat bagi terus memastikan agar agenda Bumiputera dapat terus diperkasakan melalui kerjasama dan kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak.
Melalui sesi meja bulat ini, DPMM dan MARA sepakat bahawa hanya dengan kesatuan gerak kerja yang tersusun dan komitmen bersama, barulah peluang pembangunan ekonomi dapat benar-benar sampai ke akar usahawan Melayu di seluruh negara.
DPMM percaya bahawa kerjasama ini bukan sekadar langkah positif, tetapi satu permulaan baharu yang membawa harapan besar. Ia mencerminkan kesungguhan untuk membina sebuah ekosistem ekonomi Bumiputera yang bukan sahaja mampan, tetapi juga mampu bersaing dan memimpin dalam landskap ekonomi negara yang semakin mencabar.
Diharapkan usaha ini dapat benar-benar dirasai dan dimanfaatkan oleh para usahawan Bumiputera di seluruh negara, khususnya buat ahli-ahli DPMM. Semoga inisiatif ini membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk mereka terus berkembang, meningkatkan daya saing, dan menyumbang secara langsung kepada pengukuhan ekonomi nasional
#dpmmXmara
#GemaDPMM #UsahawanMadani #usahawandpmm #jangannoktahkanperjuangan #usahawanpeniagadpmm