Kunjungan Hormat dan Sesi Perbincangan Bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Putrajaya, 17 Oktober 2025 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan rasmi bersama wakil daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertempat di Pejabat MOSTI, Putrajaya.
DPMM telah diwakili oleh Presiden DPMM, En. Norsyahrin bin Hamidon, Setiausaha Agung DPMM, serta wakil daripada IIUM Consultancy & Innovation Sdn. Bhd., Dato’ Wan Jusaini Rizal bin Wan Nasruddin , Syarikat Lekir Tech (M) Sdn. Bhd., dan Mesolitica Sdn. Bhd.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Boniface anak Edwin Manung, Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan MOSTI, serta turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada MRANTI, MIDA, dan MTDC.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada inisiatif dan program MOSTI dalam memperkasa bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta peluang kolaborasi strategik bersama DPMM.
MOSTI telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan DPMM dalam membantu ahli-ahli, terutamanya dalam industri berasaskan R&D dan inovasi teknologi, bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan dan memperluas potensi pengkomersialan hasil penyelidikan tempatan.
DPMM amat menghargai kesudian pihak MOSTI dalam membuka ruang kerjasama ini dan percaya sinergi strategik ini akan memberi manfaat besar kepada usahawan Bumiputera dalam sektor sains, teknologi dan inovasi.
#GemaDPMM #UsahawanMadani #usahawandpmm #jangannoktahkanperjuangan #usahawanpeniagadpmm