DPMM dilantik Ahli Kaukus Antirasuah Bantu Promosi Etika Perniagaan

Putrajaya, 17 Oktober – Ahli Kaukus Antirasuah yang dilantik berperanan menjadi platform kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dewan perniagaan untuk mempromosikan perniagaan beretika serta telus dalam meningkatkan keberkesanan inisiatif antirasuah di sektor swasta secara proaktif.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki berkata, penyertaan dewan perniagaan menunjukkan komitmen tinggi sektor perniagaan untuk bersama-sama SPRM memperkukuh integriti dan tadbir urus negara.

Beliau demikian pada majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ahli Kaukus Antirasuah Dewan Perniagaan di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Pelantikan rasmi ini adalah selaras dengan Sub-strategi 3.9 di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024–2028.

Kesemua yang dilantik adalah dari National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), Small and Medium Enterprise Association (SAMENTA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai agensi penyokong.

NCCIM merupakan badan gabungan nasional yang menyatukan lima dewan perniagaan utama di Malaysia iaitu Malay Chamber of Commerce Malaysia (DPMM), The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM), Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry (MAICCI), Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dan Federation of Malaysian Manufacturer (FMM).

Senarai Ahli Kaukus Antirasuah Dewan Perniagaan:

1. Dato’ Seri N. Gobalakrishnan – NCCIM/MAICCI

2. Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai – FMM

3. Norsyahrin Hamidon – NCCIM/DPMM

4. Dato’ Jeffery Tan – NCCIM/ACCCIM

5. Lee Han Ling – MICCI

6. Tharchanaa Morthi A/L M.S. Pandian – NCCIM/MAICCI

7. Gerard Law – SAMENTA

8. Amir Hamzah Karim – NCCIM/DPMM

9. Dato’ Hj. Mazrol Nizam Abdullah – NCCIM/DPMM

10. Sharada Krishnan – NCCIM

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail dan Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan IIM, Mohd Rais Ramli.

#GemaDPMM #UsahawanMadani #usahawandpmm #jangannoktahkanperjuangan #usahawanpeniagadpmm