






20 DISEMBER 2024 – Pada 18hb Disember 2024 satu lagi langkah penting dalam usaha memperkasakan usahawan Melayu di dalam industri halal menerusi Bengkel Sinergi Gerak Halal anjuran bersama JAKIM dan MPIH-DPMM. Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) En Syahrin Hamidon menyampaikan penghargaan atas kerjasama erat yang diwujudkan antara DPMM dan JAKIM dalam program ini. Dengan rangkaian 15 cawangan negeri di seluruh Malaysia, DPMM komited untuk:
– Memberi bimbingan dan latihan dalam proses pensijilan halal.
– Membuka peluang pasaran domestik dan antarabangsa.
– Membantu usahawan memanfaatkan potensi industri halal global yang bernilai trilion dolar.
Program ini bertujuan memastikan usahawan Melayu mampu bersaing dan menjadi pemain utama dalam ekosistem halal dunia. Pengerusi MPIH-DPMM Pn Hjh Noordazleena Mohd Daud pula menekankan kepentingan sinergi antara pihak berkepentingan dalam menjayakan agenda pembangunan halal. MPIH-DPMM berhasrat menjadi peneraju dalam memperkasa usahawan Melayu melalui program HalalPro dimana fokus utamanya adalah:
– Meningkatkan kuantiti pemegang pensijilan halal usahawan Melayu melalui sokongan JAKIM dan rangkaian DPMM.
– Memastikan usahawan Melayu memahami piawaian dan peluang dalam industri halal.
– Menyediakan platform strategik untuk pembangunan perniagaan halal di peringkat domestik dan antarabangsa
Kami amat menghargai perkongsian yang diberikan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, termasuk wakil dari Seksyen Korporat, Seksyen Audit Kecukupan Dokumen dan Ramuan, Seksyen Audit, Seksyen Sijil, dan Cawangan Kualiti.
Komitmen dan penerimaan baik JAKIM terhadap inisiatif ini memberi keyakinan bahawa usaha ini akan memberi impak besar kepada penyertaan usahawan Melayu dalam industri halal di peringkat tempatan dan global. DPMM berharap agar bengkel ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama lebih erat antara DPMM, JAKIM, dan semua pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan ekonomi usahawan Melayu melalui industri halal.
#DPMM#MPIHDPMM#HalalMalaysia#SinergiGerakHalal#UsahawanMelayu#HalalPro#IndustriHalal