fbpx

Kuala Lumpur, 20 Disember 2024 – Dua hari lepas, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah berjaya menganjurkan seminar persediaan pelaksanaan e-invoice di Anjung Melayu, Kuala Lumpur.

Seminar ini merupakan usaha bersama antara DPMM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), syarikat Censof, dan syarikat Abss. Program ini bertujuan untuk memberikan pengenalan serta pemahaman yang lebih mendalam mengenai e-invoice, yang tidak lama lagi akan diwajibkan kepada semua syarikat pembayar cukai. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung DPMM, En Ahmad Yazid, diikuti taklimat terperinci oleh penceramah jemputan.

Seramai 26 peserta telah menyertai seminar ini, dan kebanyakan daripada mereka mengakui masih belum bersedia atau kurang maklum mengenai penggunaan e-invoice. Menyedari perkara ini, DPMM berhasrat untuk meneruskan penganjuran seminar sebegini bagi memastikan ahli-ahli DPMM dan juga bukan ahli lebih memahami dan bersedia untuk mengadaptasi sistem e-invoice ini.

DPMM merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang hadir dan berharap ilmu yang dikongsi dalam seminar ini dapat dimanfaatkan dengan baik dalam proses peralihan ke sistem baharu ini.

#dpmm#StrategiPerniagaan#UsahawanMalaysia#DPMM

#dewanperniagaanmelayumalaysia#malaysiamadani#UsahawanMelayu#berjasaberjayabangsa

#DPMM

#EInvoiceMalaysia

#TransformasiDigital

#PerniagaanBumiputera

#SeminarDPMM

#KesediaanEInvoice

#PerniagaanDigital

#KerjasamaLHDN

#TeknologiPerniagaan

#DigitalisasiCukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *