fbpx

19 DISEMBER 2024 – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En Syahrin Hamidon , telah dijemput untuk mengadakan sesi temuramah dan kunjungan ke Balai Berita TV3 di Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam sesi temuramah bersama unit Balai Berita Buletin Utama, beliau membincangkan topik berkaitan Belanjawan 2025, dengan memberi penekanan kepada:

-Peluang untuk usahawan PKS dalam Belanjawan 2025.

-Cabaran utama yang dihadapi oleh PKS, khususnya dalam konteks ekonomi semasa.

-Harapan DPMM terhadap inisiatif dan dasar yang bakal memperkukuhkan sektor PKS.

Selain sesi temuramah, Presiden DPMM turut berpeluang melawat ibu pejabat baru serta kemudahan baharu Balai Berita TV3 yang kini beroperasi di bangunan NSTP, Bangsar. Lawatan tersebut turut disertai perbincangan bersama En. Azhari Muhidin, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Rangkaian Televisyen.

DPMM merakamkan penghargaan kepada En. Zharif Aziz, wartawan TV3, atas peluang temuramah ini, serta kepada En. Azhari Muhidin atas layanan mesra sepanjang kunjungan tersebut. DPMM berharap agar kerjasama erat antara DPMM dan TV3 dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama, khususnya dalam menyuarakan isu-isu ekonomi yang memberi impak kepada komuniti perniagaan Bumiputera.

#dpmm#DewanPerniagaanMelayuMalaysia#BerjasaBerjayaBangsa#MalaysiaMadani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *