



Putrajaya, 19 Disember 2024 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang diketuai oleh Presidennya, En Syahrin Hamidon , bersama beberapa ahli delegasi DPMM telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, di Putrajaya.
Pertemuan selama satu jam ini membuka ruang perbincangan strategik antara DPMM dan pihak kementerian untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dalam sektor perladangan dan komoditi. Selain bertukar pandangan, perbincangan turut menyentuh pelbagai isu penting termasuk cabaran dalam industri getah, keperluan penggiat industri pengilangan kayu, serta isu-isu berkaitan sektor perladangan.
DPMM merakamkan penghargaan kepada YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani atas kesudian menerima kunjungan ini dan komitmen beliau untuk menyokong usaha pembangunan sektor perladangan dan komoditi negara. Sebagai sebuah organisasi yang turut dianggotai oleh usahawan dalam sektor perladangan, DPMM berharap agar kolaborasi ini dapat diterjemahkan melalui inisiatif dan program yang bermanfaat kepada semua pihak terlibat.
DPMM kekal komited untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Bumiputera, khususnya dalam sektor strategik seperti perladangan dan komoditi, demi memastikan penyertaan yang lebih inklusif dan mapan dalam ekonomi negara.
Kementerian Perladangan dan Komoditi – KPKJohari Abdul Ghani
#dpmm#DPMM#malaysiamadani#berjasaberjayabangsa#dewanperniagaanmelayumalaysia#BisnesMalaysia#UsahawanMalaysia#bisneslokal#PerniagaanKecil#StrategiPerniagaan