fbpx

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En Syahrin Hamidon , bersama beberapa wakil DPMM telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Poly-Tech MARA (UPTM) Fakulti Perniagaan & Akaun di Anjung Melayu, Kuala Lumpur, semalam.

Perbincangan dua hala tersebut mengupas peluang kerjasama yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak, terutamanya dari segi nilai tambah kepada warga pelajar dan pendidik UPTM serta peluang dalam menjalin kerjasama untuk melaksanakan kajian akademik yang bermanfaat.

Universiti Poly-Tech MARA Malaysia, dahulunya dikenali sebagai KUPTM/KPTM, kini menawarkan pelbagai program diploma dan ijazah dalam pelbagai jurusan kepada lebih 4,000 pelajar sepenuh masa.

DPMM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Dewi Izzwi binti Abdul Manan, Timbalan Dekan Fakulti Perniagaan & Akaun UPTM, bersama delegasi atas kunjungan hormat ini. Diharapkan agar kerjasama yang dirancang ini dapat direalisasikan dengan jayanya dan menjadi landasan kukuh untuk perkongsian bermakna antara DPMM dan Universiti Poly-Tech MARA (UPTM).

#bangsausahawan#usahawan#DPMM#malaysiamadani#BerjasaBerjayaBangsa#dewanperniagaanmelayumalaysia#dpmm#kitabantukita#DewanPerniagaanMelayuMalaysia#kerjasamaStrategik#KerjasamaStrategik#MerakyatkanMARA#usahawanMalaysia#ilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *