fbpx

Putrajaya, 29 Oktober 2024 – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En. Syahrin Hamidon , bersama beberapa wakil DPMM telah menghadiri Konvensyen Ekonomi GIG Malaysia Madani yang berlangsung semalam di Putrajaya.

Konvensyen ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuhkan sektor ekonomi gig di Malaysia dengan menyediakan platform kukuh bagi pekerja dan majikan. Sepanjang konvensyen ini, empat kertas kerja dibentangkan, diikuti satu sesi forum yang melibatkan sebelas pembentang kertas kerja dan lima ahli panel. Perbincangan tersebut mengupas pelbagai isu, cabaran, dan potensi dalam industri gig di Malaysia, membuka ruang kepada langkah-langkah strategik yang dapat memperkasakan sektor ini ke arah lebih lestari dan progresif.

DPMM turut diberi peluang untuk menyampaikan kertas kerja bertajuk “Cabaran Masa Depan Ekonomi GIG di Malaysia”, yang dibentangkan oleh Timbalan Presiden, En. Amirhamzah Karim, pada sesi pagi. Dalam pembentangan tersebut, DPMM menekankan keperluan dasar dan ekosistem yang kondusif bagi mengatasi cabaran masa depan industri ini dan memastikan ia terus berkembang sebagai komponen utama ekonomi negara.

Konvensyen Ekonomi GIG Malaysia Madani ini telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir, YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan; YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; serta Pengerusi Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi GIG Malaysia, Datuk Seri Mohd Shakar Shamsudin. Hadir sama, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

DPMM ingin merakamkan penghargaan kepada para penganjur atas jemputan ini. Kami berharap agar pandangan serta resolusi yang dihasilkan sepanjang konvensyen ini menjadi asas kukuh untuk mengukuhkan industri gig sebagai pemacu utama ekonomi masa hadapan. DPMM optimis bahawa konvensyen ini akan menjadi titik tolak dalam memastikan sektor gig menerima pengiktirafan dan sokongan sewajarnya di peringkat nasional.

Akademi Kenegaraan Malaysia

#bangsausahawan#dewanperniagaanmelayumalaysia#dpmm#BerjasaBerjayaBangsa#malaysiamadani#DPMM#usahawan#kitabantukita#DewanPerniagaanMelayuMalaysia#ekonomigigmadani#ekonomigig#TPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *