fbpx

  · 

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bertekad untuk terlibat secara proaktif dalam industri halal global melalui Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH-DPMM). MPIH-DPMM telah mengadakan perbincangan bersama Osaka Chamber of Commerce and Industry, Kankeiren, dan Osaka International Business Promotion Center bagi menjalin kerjasama strategik dalam beberapa inisiatif penting menjelang World Expo 2025. Delegasi Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH-DPMM) telah diketuai oleh Puan Noordazleena Mohd Daud selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal-DPMM diiringi oleh Tuan Isrami Ismail selaku ahli majlis – Hubungan Kerajaan dan Korporat Malaysia-Jepun. Inisiatif-inisiatif mempromosi pembangunan ekosistem di peringkat global ini termasuk:

1. **Verifikasi Halal Sebelum Pensijilan Halal Malaysia**:

Memberikan pendedahan dan membimbing usahawan-usahawan luar negara dalam mematuhi keperluan persijilan halal Malaysia

2. **Tenaga Mahir Halal*

Membekalkan tenaga mahir halal diperingkat global

3. **Padanan Perniagaan Halal**: Mengadakan sesi padanan perniagaan yang melibatkan 160 negara, melalui pendekatan dewan ke dewan, bagi memperkukuhkan jaringan perniagaan dan perdagangan halal di peringkat antarabangsa.

Dengan inisiatif ini, diharapkan lebih banyak negara akan terlibat dalam kerjasama perdagangan halal yang akan dibangunkan melalui DPMM, menjelang World Expo 2025.

Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kejayaan inisiatif ini serta memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri halal global.

#DPMM#MPIH-DPMM #VerifikasiHalal#PensijilanHalal#TenagaMahirHalal#PadananPerniagaanHalal#WorldExpo2025#OsakaChamber#Kankeiren#OsakaInternationalBusinessPromotionCenter#IndustriHalal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *