fbpx

25 Julai 2024 – Semalam, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En Amirhamzah, bersama wakil Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan NGO & Aktivis Melayu (Thoyyib) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, di ibu pejabat MYDIN, Subang Jaya, Selangor.

Perjumpaan selama satu jam ini membincangkan pelbagai inisiatif kerjasama yang berpotensi antara DPMM, MTEM, dan Gabung dengan MYDIN. Antara topik utama yang dibincangkan ialah strategi untuk membantu usahawan Bumiputera menembusi pasaran runcit serta program-program yang boleh dilaksanakan bersama pada masa akan datang.

Seperti yang diketahui umum, Mydin Holdings Bhd, lebih dikenali sebagai MYDIN, merupakan salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1957 oleh Tuan Mydin Mohamed, syarikat ini telah berkembang menjadi jenama terkemuka yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin atas kesudian menerima kunjungan kami serta perkongsian ilmu yang amat bernilai. Semoga perancangan kerjasama ini dapat direalisasikan dan memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *