22 Julai 2024 – Sebentar tadi, Presiden DPMM En. Norsyahrin Bin Hamidon bersama beberapa wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia menghadiri majlis perasmian pejabat baru NCCIM di bangunan MATRADE, Kuala Lumpur.
Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ketua Setiausaha MITI YBhg. Dato’ Hairil Yahri Yaacob serta Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.
Seperti yang sedia maklum, NCCIM (National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia) adalah organisasi payung yang mewakili lima dewan perniagaan utama di Malaysia. NCCIM berperanan sebagai suara utama sektor perniagaan dan industri di Malaysia.
DPMM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada NCCIM atas pembukaan pejabat baru ini. Semoga NCCIM akan terus maju dan membantu menjadi suara kepada kerajaan mengenai permasalahan yang dihadapi oleh dewan-dewan perniagaan yang lain.