9 JULAI 2024 – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia serta Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) En Norsyahrin Bin Hamidon bersama wakil dari DPMM dan MTEM menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 bersama Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini.
Bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera, program ini diadakan bagi mengumpul dan merangka input sebelum Belanjawan 2025 dibentangkan pada Oktober ini.
Libat urus ini melibatkan pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan, sektor swasta, akademia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dalam proses merangka belanjawan negara.
Terima Kasih diucapkan kepada kementerian kewangan di atas jemputan ini dan semoga input yang diberikan dapat membantu kerajaan merangka belanjawan negara yang akan datang