fbpx

12 JUN 2024 – Semalam sesi kunjungan hormat yang diketuai oleh En Norsyahrin Hamidon (Presiden DPMM) bersama Puan Noordazleena Mohd Daud ( Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal DPMM) dan delegasi telah disambut mesra oleh Ketua Pengarah JAKIM iaitu Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusof bersama Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Halal serta Ketua Penolong Pengarah Seketariat Majlis Halal Malaysia

Dalam perjumpaan semalam, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah menyatakan hasrat DPMM untuk bersama JAKIM dalam meningkatkan jumlah pemegang persijilan halal di kalangan usahawan-usahawan melayu. Diantara gerak kerja yang sedang dilakukan oleh Majlis Pembangunan Industri Halal DPMM ialah mewujudkan Biro Halal diperingkat cawangan negeri DPMM iaitu sebanyak di 15 cawangan negeri. Pusat Kecemerlangan Halal akan mewujudkan Klinik Persijilan Halal dan klinik pembangunan perniagaan dan eksport.

DPMM juga akan memberikan pendedahan mengenai persijilan halal Malaysia kepada Dewan Perniagaan dan Industri luar negara melalui kerjasama DPMM diperingkat antarabangsa. Diantara impak positif daripada kerjasama DPMM diperingkat antarabangsa ini adalah membuka ruang dan peluang kepada bakat Profesional Halal , peningkatan jumlah eksport , pemindahan pengetahuan & teknologi di dalam industri halal, pengembangan perniagaan dan pelaburan.

Terima Kasih diucapkan kepada KP JAKIM Datin Paduka Ustazah Hakimah binti Mohd Yusof dan beberape wakil JAKIM di atas kesudian menerima kunjungan DPMM semalam, semoga hubungan dan kerjasama dapat dieratkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *