![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/03/6397964e-8764-4fa5-a0fa-1914933b03c7-1024x682.jpg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/03/3515ac15-125f-491d-9bad-7da5c2de44c1-1024x682.jpg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/03/2c0a57d7-b269-4c95-9e06-494f13a891d6-1024x682.jpg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/03/307ad56e-0ee5-4ccb-b495-ab93a8da5339-1024x682.jpg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/03/6b014575-d461-4106-8810-4d510f4ce5d6-1024x682.jpg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/03/d05a966f-ffb4-46dc-b84a-ce290a408b4d-1024x682.jpg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/03/e1eab71e-9ae2-4b87-9e6f-7e24dc692194-1024x682.jpg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/03/f6eca3fb-9c3c-4823-b465-410e0a0e8a01-1024x682.jpg)
![](https://dpmm.org.my/wp-content/uploads/2024/03/17f3d3dc-0a39-4dda-9c8b-9ac7c5add21d-1024x682.jpg)
Rentetan isu kes Pemasangan 300 panel solar di stesen minyak Petronas tanpa penyertaan syarikat Bumiputera, Pihak DPMM bersama MTEM semalam telah mengadakan sesi perbincangan bersama pengusaha serta pemain industri solar bumiputera dan GENTARI PETRONAS di Anjung Melayu Kuala Lumpur.
Sesi perbincangan semalam di pengerusikan oleh Presiden DPMM En Norsyahrin, Pengerusi Biro Minyak & Gas MTEM Tengku Ngah Putra dan dihadiri oleh Timbalan CEO GENTARI PETRONAS En Shah Yang Rizal bersama beberapa org wakil dari Petronas dan wakil-wakil dari pengusaha serta pemain industri solar bumiputera.
Sesi yang berlansung selama 2 jam ini adalah untuk memberi peluang kepada pihak GENTARI PETRONAS untuk mendengar keluhan dan cadangan yang diberikan oleh pengusaha serta pemain industri solar bumiputera.
Antara cadangan yang diberikan adalah untuk menubuhkan KONSORTIUM dikalangan pemain industri solar Bumiputera untuk diberikan keutamaan mendapatkan projek PETRONAS bedasarkan merit dimasa hadapan.
DPMM dan MTEM akan terus memperjuangkan nasib dan isu-isu yang dihadapi oleh usahawan Melayu agar matlamat menaikkan penyertaan pemilikan kekayaan ekonomi usahawan Melayu akan terus terbela.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menghadiri sesi semalam terutama sekali pihak GENTARI PETRONAS yang sanggup turun untuk mendegar keluhan yang dialami pengusaha industri solar bumiputera.