5 / 3 / 2024 – Semalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia bersama Malaysia Debt Ventures mengadakan Bengkel Pendanaan khusus kepada semua ahli-ahli DPMM seluruh Malaysia yang berlansung di Anjung Melayu, Kuala Lumpur
Bengkel semalam adalah untuk memberi input atau info untuk pelbagai dana dan tawaran pembiayaan yang disediakan oleh Malaysa Debt Ventures Berhad (MDV) untuk perkembangan perniagaan untuk seluruh ahli – ahli DPMM. Bengkel semalam juga untuk menimba pengetahuan dalam pengurusan aliran tunai yang berkesan serta strategi pengurusan yang dapat membawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya.
Turut hadir semalam Marazizi Omar, Chief Business Officer, Sharul Sazman Samaan, SVP Client Coverage dan Setiausaha Agung DPMM En Yazid bersama YDP DPMM Putrajaya En Dzahir bersama beberapa wakil dari DPMM
Terima Kasih kepada semua peserta yang hadir dalam bengkel semalam dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Malaysa Debt Ventures Berhad (MDV) di atas kerjasama ini, dan semoga acara seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang untuk membantu ahli-ahli DPMM