fbpx

Ekonomi dijangka perlahan beberapa bulan akan datang

PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia dijangka bertumbuh dengan kadar perlahan pada beberapa bulan ke hadapan berdasarkan Indeks Pelopor (IP) yang menyusut 1.2 peratus kepada 110.1 mata pada Mac 2023. IP adalah alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata, prestasi […]

OPR tinggi pengaruhi rakyat belanja, tingkatkan simpanan, kata PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan mempengaruhi orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berbelanja dan akan menggalakkan mereka meningkatkan simpanan. Sambil menyifatkan wujud salah faham bahawa kenaikan OPR akan menyebabkan inflasi lebih tinggi, Perdana Menteri berkata apabila permintaan untuk barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi menjadi terlalu tinggi berbanding […]

Permintaan buruh Malaysia meningkat lebih 200,000 suku pertama 2023

KUALA LUMPUR: Permintaan buruh Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan pada suku pertama tahun 2023 dengan jumlah jawatan meningkat sebanyak 2.7 peratus, melepasi paras pra-pandemik.Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, permintaan buruh di negara ini dilihat semakin pulih dengan peningkatan jawatan sebanyak 233,700 dalam sektor ekonomi atau 8.81 juta jawatan berbanding 8.57 juta […]

Tiada lagi subsidi elektrik untuk rumah orang kaya

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah yang amat tinggi tidak lagi akan menikmati subsidi daripada kerajaan. Perdana Menteri berkata, rumah perseorangan yang penggunaan elektriknya sangat tinggi umpama rumah itu guna tiga kipas dan empat penyaman udara, maka mereka harus membayar kos sebenar dan tidak menikmati subsidi. “Maknanya, B40 […]

Bank Negara naikkan lagi OPR kepada 3 peratus

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membuat keputusan di luar jangkaan dengan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 25 mata asas kepada 3.00 peratus. Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus. Kenaikan OPR itu adalah pertama bagi tahun ini selepas penanda […]

Kerajaan akan bincang cadangan caruman KWSP majikan dinaikkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini ada dikemukakan kepada kerajaan. Bagaimanapun jelasnya, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dan akan dibawa kepada Jemaah Menteri. “Itu (cadangan) ada dikemukakan, tetapi kita belum bawa kepada Jemaah […]

Hasil cukai RM70 bilion lesap akibat ekonomi bayangan

CYBERJAYA: Negara dianggarkan kehilangan kira-kira RM70 bilion setiap tahun dalam bentuk hasil cukai daripada aktiviti perniagaan yang tidak didaftarkan dan kegiatan haram, dikenali sebagai ekonomi bayangan. Jumlah itu kira-kira 20 peratus daripada anggaran keseluruhan pendapatan ekonomi bayangan bernilai RM350 bilion setahun. Nilai itu adalah 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ekonomi bayangan yang […]

45 peratus ahli ekonomi jangka kemelesetan global berlaku tahun ini

KUALA LUMPUR: Kalangan pakar berbeza pendapat mengenai prospek pemulihan ekonomi global, dengan masing-masing hampir seimbang iaitu kira-kira 45 peratus menjangkakan kemelesetan global berlaku pada tahun ini manakala jumlah yang sama mengunjurkan sebaliknya, demikian menurut laporan terkini Forum Ekonomi Dunia (WEF). Laporan Tinjauan Ketua Ahli Ekonomi WEF menunjukkan kalangan pakar berkenaan juga mengunjurkan bahawa dinamik pertumbuhan […]

Datuk Zayad mengekalkan jawatan presiden DPMM Kedah untuk penggal kedua

Datuk Mohd Zayad Ismail mengekalkan jawatannya sebagai presiden Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Kedah bagi penggal 2023-2026. Zayad mempertahankan jawatan itu selepas menewaskan Datuk Badrul Hisham Hashim dalam pemilihan jawatankuasa DPMM Kedah yang diadakan sempena mesyuarat agung tahunan (AGM)nya di Hotel Jerai di sini hari ini. Dalam satu kenyataan, dewan berkata Zayad menang dengan 70 undi […]

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Labuan sedia menjalinkan kerjasama erat dengan DPMM di peringkat pusat

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Labuan sedia menjalinkan kerjasama erat dengan DPMM di peringkat pusat bagi mencapai hala tuju dalam memperkembangkan aliran perniagaan dari peringkat domestik ke serantau, khususnya ekonomi di Labuan. Yang Di-Pertua DPMM, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata DPMM Labuan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi di wilayah ini untuk membantu […]