Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada hari ini telah menganjurkan satu sesi perbincangan meja bulat (round table discussion)yang telah dihadiri oleh 30 peserta terdiri dari pada kalangan pakar ekonomi, pemain dan penggerak industri merangkumi pelbagai sektor perusahaan dan perkhidmatan, pimpinan pertubuhan madani serta wakil daripada agensi kerajaan dan penggubal dasar.
Sidang ini diadakan sebagai jalan untuk mencari ruang penyelesaian kepada kenyataan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Dewan Melayu sebelum ini . Hasil dapatan daripada perbincangan ianya akan diserahkan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim untuk dibawa perbincangan ini ke peringkat berikutnya termasuk lah dalam bajet 2024, MTR RMK12 dan banyak lagi.
Sidang sebentar tadi juga dipengerusikan oleh Presiden DPMM En. Norsyahrin Bin Hamidon, turut hadir hari ini ialah Puan Nurul Izzah Anwar untuk mendengar segala permasalahan yang dihadapi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menghadiri sesi meja bulat pada hari ini, sesi ini akan diteruskan bagi mendapatkan cara penyelesaian yang sesuai.
Media DPMM