Bilangan pekerja tenaga buruh pada Januari 2023 meningkat sebanyak 473,200 atau 3.0 peratus lebih tinggi pada asas tahun ke tahun kepada 16.16 juta orang berbanding Januari tahun lalu iaitu 15.69 juta orang, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia menunjukkan pemulihan pasaran buruh yang kukuh berikutan pembukaan semula ekonomi dan manfaat yang diperoleh daripada pemulihan aktiviti sosial dan perniagaan.”Selari dengan itu, nisbah guna tenaga kepada penduduk, yang mengukur kapasiti ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga meningkat 0.5 mata peratus pada Januari 2022 bersamaan 66.2 peratus,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Sementara itu, beliau menambah kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 3.6 peratus.Katanya, bilangan penganggur berkurang sebanyak 12.4 peratus atau 84, 300 orang dengan mencatatkan 596,100 orang pada Januari tahun lalu iaitu 680,400 ribu orang.Sementara itu, inflasi Malaysia pada Januari 2023 mencatatkan peningkatan lebih perlahan 3.7 peratus berbanding 3.8 peratus pada Disember 2022.”Momentum pemulihan dijangka berterusan walaupun pada kadar yang lebih perlahan,” katanya.