4 November 2026 | JW Marriott Kuala Lumpur
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merangkap Presiden NCCIM, Norsyahrin bin Hamidon, telah menghadiri majlis 72nd Anniversary of the Algerian Liberation Revolution yang berlangsung di JW Marriott Kuala Lumpur.
Turut hadir bersama ialah Timbalan Presiden DPMM, En. Dzahir Jamudin; Naib Presiden DPMM, En. Yusri bin Yusuf; serta Ahli Majlis Eksekutif DPMM, En. Zulkarnain.
Sambutan ini merupakan satu platform untuk memperingati perjuangan kemerdekaan Algeria, di samping mengeratkan hubungan persahabatan dan persefahaman antara Malaysia dan Algeria.
Kehadiran DPMM mencerminkan komitmen dewan dalam memperkukuh hubungan antarabangsa serta meneroka peluang jaringan strategik dan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.