Alhamdulillah, ENGAGE Night 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Oktober 2026 di LMP Events, Lumi Tropicana, Petaling Jaya.
Majlis anjuran Dewan Muda, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) ini menghimpunkan kepimpinan DPMM, Ahli Majlis Eksekutif Dewan (MED), Pengerusi dan wakil Dewan Muda negeri-negeri, usahawan muda, pemain industri serta rakan strategik.
Majlis turut dihadiri oleh Presiden DPMM, Encik Norsyahrin bin Hamidon, Timbalan Presiden DPMM, Encik Mohd Dzahir bin Jamudin, serta Pengerusi Dewan Muda DPMM Malaysia, Ts. Azrul Zafri bin Azmi, bersama barisan kepimpinan DPMM dan Dewan Muda dari seluruh negara.
ENGAGE Night 2026 turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi, yang seterusnya menyempurnakan perasmian majlis.
Pada malam tersebut, Ts. Azrul Zafri bin Azmi turut memperkenalkan hala tuju baharu Dewan Muda serta ENGAGE, sebuah inisiatif yang diwujudkan untuk menghubungkan usahawan muda daripada pelbagai bidang, menggalakkan perkongsian pengalaman, kerjasama perniagaan serta memperluaskan jaringan dalam ekosistem DPMM.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Caliph Buskers, yang menambah suasana santai dan meriah sepanjang malam.
ENGAGE juga akan bergerak selari dengan agenda Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) yang digerakkan oleh DPMM.
Terima kasih kepada semua tetamu, rakan strategik, penaja dan seluruh pasukan yang telah bersama-sama menjayakan ENGAGE Night 2026.
Semoga ini menjadi permulaan kepada lebih banyak gerak kerja Dewan Muda dalam memperkukuh komuniti usahawan muda di seluruh negara.