Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) merangkap Presiden DPMM Norsyahrin Hamidon, bertemu H.E. U Min Aung Hlaing, Presiden Republik Kesatuan Myanmar, sempena Myanmar–Malaysia High Level Business Dialogue 2026 di Kuala Lumpur.
Norsyahrin turut menyampaikan Welcome Remarks bersama Presiden Union of Myanmar Federation of Chambers of Commerce and Industry (UMFCCI), U Aye Win.
Turut hadir bersama delegasi Malaysia ialah barisan kepimpinan The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM), antaranya Datuk Ng Yih Pyng, Tan Sri William Cheng, Dato’ Jeffery Tan, Michael Chai, Ir. Ter Leong Leng dan Kenny Lim.
Salah satu dewan konstituen NCCIM, Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) turut memainkan peranan dalam sesi tersebut menerusi Presidennya, Jacob Lee Chor Kok, yang menyampaikan pembentangan berkaitan sektor pembuatan Malaysia. Turut mewakili FMM ialah Dato’ Andrew Goh Boon Kim iaitu Timbalan Presiden FMM.
Sesi pembentangan eksekutif turut menampilkan Yeow Chor Lee, Group Chief Executive Officer IOI Corporation Berhad bagi sektor pertanian serta Choon Kwee Yeoh, Group Managing Director Southern Steel, bersama wakil sektor teknologi.
Dialog peringkat tinggi ini menghimpunkan kepimpinan kerajaan dan komuniti perniagaan kedua-dua negara bagi membincangkan peluang perdagangan, pelaburan serta kerjasama dalam sektor strategik.
Penglibatan NCCIM sebagai peneraju delegasi perniagaan Malaysia mencerminkan peranannya dalam membawa suara sektor swasta negara ke platform serantau serta memperluas jaringan dan peluang perniagaan merentas sempadan.
Memimpin suara perniagaan Malaysia. Memperkukuh hubungan serantau. Membuka peluang baharu.