5 Oktober 2026 | Litar Antarabangsa Sepang
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berbesar hati menerima jemputan PETRONAS untuk menyaksikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
Penganjuran perlumbaan ini di Sepang merupakan satu acara istimewa apabila Bahrain Grand Prix dipindahkan ke Malaysia, menjadikan Sepang kembali menjadi pentas Formula 1 selepas kali terakhir menganjurkan perlumbaan F1 pada tahun 2017.
Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon, bersama Timbalan Presiden DPMM, En. Dzahir Jamudin, turut berkesempatan bertemu dan bertukar pandangan bersama Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, di Petronas Corporate Suite bersama barisan kepimpinan Petronas yang lain dari Petronas Dagangan, Searah, Petronas Carigali serta Petronas Chemical.
Dalam suasana santai tersebut, kepimpinan DPMM turut berpeluang berinteraksi dan bertukar pandangan bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Timbalan Menteri Kewangan, YB Liew Chin Tong; Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Sim Tze Zin; Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah; En. Ahmad Fauzi Bin Sungip, Ketua Seksyen Dasar Perolehan Kerajaan di Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia serta Naib Presiden Kumpulan, Strategic Relations & Communications PETRONAS, Ir. Norafizal Mat Saad.
Pertemuan ini menjadi platform bermakna untuk memperkukuh hubungan, berkongsi pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik yang lebih luas antara DPMM, PETRONAS dan para pemegang taruh.
Jaringan yang kukuh membuka lebih banyak ruang kepada kerjasama, peluang dan pertumbuhan bersama.