
Bridging Business and Building B2B Partnership
KUALA LUMPUR, 25 September 2026 – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En. Norsyahrin bin Hamidon, yang juga merangkap Presiden National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), hari ini merasmikan Malaysia–Bangladesh Business Forum: Bridging Business and Building B2B Partnership yang berlangsung di Menara MATRADE, Kuala Lumpur.
Forum ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan perdagangan dan perniagaan antara Malaysia dan Bangladesh, selain membuka ruang kepada komuniti perniagaan kedua-dua negara untuk meneroka peluang pelaburan, kerjasama strategik serta potensi pasaran baharu.
Antara pengisian utama forum termasuk pembentangan mengenai “Investment Opportunities in Bangladesh” oleh Mr. Razeev H Chowdhury, Senior Vice President, Dhaka Chamber of Commerce & Industry (DCCI), serta sesi Structured B2B Matchmaking yang mempertemukan pemain industri dan usahawan bagi meneroka peluang kerjasama secara langsung.
Turut hadir ialah YBhg. En. Mohd Dzahir bin Jamudin, Timbalan Presiden DPMM merangkap Naib Presiden NCCIM; En. Yusry bin Yusof, Naib Presiden DPMM; serta Dato’ Mazrol Nizam Abdullah, Setiausaha Agung DPMM merangkap Setiausaha Agung NCCIM.
Penganjuran forum ini mencerminkan komitmen DPMM dan NCCIM dalam memperkasa jaringan perniagaan antarabangsa, memperluas akses pasaran serta membina peluang kerjasama yang lebih kukuh antara komuniti perniagaan Malaysia dan Bangladesh.