
KUALA LUMPUR, 24 September 2026 — Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merangkap Presiden National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), YBhg. En. Norsyahrin bin Hamidon, bersama Timbalan Presiden DPMM merangkap Naib Presiden NCCIM, YBhg. En. Mohd Dzahir bin Jamudin, telah menghadiri Libya Pavilion Officiation & Welcoming Session bersempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 sebentar tadi.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE, yang turut menzahirkan komitmen dalam memperkukuh hubungan perdagangan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama antara Malaysia dan Libya.
Kehadiran kepimpinan DPMM dan NCCIM dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluaskan jaringan perniagaan antarabangsa, meneroka peluang pasaran baharu serta memperkukuh hubungan strategik antara komuniti perniagaan Malaysia dengan rakan dagang antarabangsa.
#DPMM #NCCIM #MIHAS2026 #MATRADE #LibyaPavilion #MalaysiaLibya #PerdaganganAntarabangsa #JaringanPerniagaan