KUALA LUMPUR, 23 September 2026 – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En. Norsyahrin bin Hamidon, yang juga merangkap Presiden National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Libya Chamber of Commerce, Industry and Agriculture (LCCIA).

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara komuniti perniagaan Malaysia dan Libya, di samping meneroka peluang perdagangan, pelaburan dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Penyertaan Libya Chamber of Commerce, Industry and Agriculture buat pertama kalinya di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 turut membuka ruang kepada delegasi Libya untuk mengenali dengan lebih dekat ekosistem industri halal Malaysia serta meneroka potensi pasaran dan peluang perniagaan yang boleh dikembangkan bersama.

Turut hadir, Timbalan Presiden DPMM merangkap Vice President NCCIM, En. Mohd Dzahir bin Jamudin.

DPMM dan NCCIM komited untuk terus memperluas jaringan antarabangsa serta menghubungkan komuniti perniagaan Malaysia dengan rakan strategik dari seluruh dunia dalam usaha membuka lebih banyak peluang perdagangan dan kerjasama.

Malaysia – Libya: Strengthening Connections, Exploring Opportunities.

#DPMM #NCCIM #LibyaChamber #LCCIA #MIHAS2026 #MalaysiaLibya #HalalIndustry #BusinessNetworking #InternationalTrade